Interpretasi Sejarah Melayu: Representasi Peranan Golongan Diperintah dalam Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
Siti Zahrah Mahfood, Nurulasyikin Binti Hassan
Sultan Idris Education University
阅读操作
确认中在文库中上传 PDF 后可生成中文音频讲解。
摘要与影响
Peranan golongan diperintah yang direkodkan dalam teks klasik seperti Sejarah Melayu adalah sangat penting untuk memberikan pemahaman terhadap struktur sosial dan politik masyarakat Melayu tradisional. Naratif Sejarah Melayu yang lebih cenderung memfokuskan peranan golongan pemerintah dan golongan bangsawan menyebabkan peranan dan sumbangan golongan diperintah kurang didendangkan dan mewujudkan kelompangan pengetahuan. Kajian ini berusaha untuk mengisi jurang tersebut melalui tumpuan yang diberikan terhadap struktur sosial, merangkumi peranan komuniti dalam susun lapis golongan diperintah yang kurang mendapat perhatian. Rakyat biasa, golongan hamba dan orang asing merupakan tiga pecahan komuniti besar dalam susun lapis golongan yang diperintah. Golongan diperintah sering kali dianggap pasif dalam struktur lapisan masyarakat Melayu tradisional kerana berada di bawah pengaruh dan kekuasaan pihak pemerintah. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk membincangkan peranan golongan diperintah, iaitu golongan rakyat yang terbahagi kepada beberapa kelas tertentu dalam hierarki sosial masyarakat Melaka dalam memperkukuh kestabilan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan budaya Melayu. Dengan menganalisis dinamik kuasa antara pemerintah dengan rakyat, kajian ini menilai impak golongan diperintah terhadap perkembangan sejarah dan warisan Melayu secara holistik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sejarah dan pendekatan analisis deskriptif yang digunakan bagi memerihalkan peranan golongan diperintah sebagai komuniti yang menyokong kepada kelangsungan sistem pemerintahan beraja semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Penyelidikan ini turut meneliti aspek mobiliti sosial, khususnya dalam kalangan golongan bawahan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa golongan diperintah bukan sahaja berperanan sebagai pelengkap kepada golongan pemerintah tetapi juga sebagai aset berharga yang mengawal keseimbangan dan kestabilan pembangunan sosial dan ekonomi pada masa tersebut.
逐年被引趋势
暂无年度引用数据
关键指标
同类平均 = 1
同领域 · 同年份 · 同类型
Google Scholar 与 OpenAlex 的被引统计范围不同,数值存在差异属正常。
AI 辅助阅读
依据:摘要
可就本文提问;依据不足时会说明。
学术脉络
学科主题
社会科学Linguistic, Cultural, and Literary Studies
Global Maritime and Colonial Histories · Legal and cultural studies analysis
参考文献 21
此处列出前 3 条