Rahsia di Sebalik Baki: Pengetahuan Murid Sekolah Rendah tentang Konsep Baki dalam Operasi Bahagi Nombor Bulat
Xin Ni Chai, Roslinda Binti Rosli
National University of Malaysia
阅读操作
确认中在文库中上传 PDF 后可生成中文音频讲解。
摘要与影响
Matematik memainkan peranan penting dalam membentuk kemahiran logik, analitikal, dan penyelesaian masalah dalam kalangan murid sekolah rendah. Operasi asas bahagi, khususnya konsep baki, merupakan topik yang penting tetapi sering menjadi cabaran bagi murid. Kekeliruan dalam mentafsir baki menghalang murid daripada memahami konsep ini secara mendalam, terutamanya dalam konteks penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Kajian ini bertujuan untuk meneroka tafsiran murid sekolah rendah tentang konsep baki dalam operasi asas bahagi subjek Matematik. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada strategi penyelesaian murid sekolah rendah dalam masalah kontekstual melibatkan operasi asas bahagi berbaki. Kajian menggunakan reka bentuk kajian kes. Data kajian dikumpul secara kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 90 orang murid tahun enam di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sarawak. Data diperoleh melalui ujian diagnostik dan kemudian dikodkan. Data kemudian dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan variasi strategi tafsiran baki dan tahap pemahaman murid dalam menilai baki mengikut konteks soalan. Ini seterusnya memberikan tafsiran yang berbeza terhadap baki yang terhasil. Kaedah bahagi panjang merupakan strategi penyelesaian yang digunakan oleh hampir semua murid, iaitu dalam bentuk lazim. Kajian ini menyimpulkan bahawa murid lebih memerlukan bimbingan untuk memahami konsep baki dalam konteks yang praktikal dan bermakna. Dapatan kajian telah membantu kita memahami cara murid berfikir dalam menjawab soalan kontekstual melibatkan operasi berbaki dan memahami konsep baki. Kajian ini seharusnya dijadikan asas kepada guru untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan. Perancangan pengajaran perlu disesuaikan dengan tahap kefahaman murid bagi memastikan keberkesanannya.
逐年被引趋势
暂无年度引用数据
关键指标
同类平均 = 1
同领域 · 同年份 · 同类型
Google Scholar 与 OpenAlex 的被引统计范围不同,数值存在差异属正常。
AI 辅助阅读
依据:摘要
可就本文提问;依据不足时会说明。
学术脉络
学科主题
计算机 / AIMathematics Education and Pedagogy
Mathematics Education and Teaching Techniques · Cognitive and developmental aspects of mathematical skills
参考文献 56
此处列出前 3 条